Jumat, 06 Juni 2014

TENTANG KOMPUTER : CARA-CARA NAK "RINGANKAN" LAPTOP/PC ANDA ok ini dari kibo loyal from bulukumba sul sel indonesia,ok Biasanya laptop/pc menjadi 'berat' dan 'lembap' kerana banyak benda di install atau di download dalam laptop/ pc anda membuat laptop/pc anda bergerak/beroperasi dengan lambat. Disini, saya ingin berkongsi ilmu untuk melajukan dan meringankan laptop/pc anda. FIRST / PERTAMA : Korang klik START (simbol bulat dibawah yang ada warna biru, oren, kuning, hijau), dan taip RUN. Dah taip RUN, korang tekan ENTER. Lepas tu, akan keluar tab nama Run macam gambar di bawah ni. Dan, korang taip %temp% Lepas tu, korang klik OK. Dah tekan OK, akan keluar folder macam gambar di bawah ini. Items di dalam folder korang bergantung berapa banyak items yang ada. Lepas tu, korang tekan CTRL dan A serentak. Kalau tak tahu macam mana tekan, tengok gambar di bawah. Bila korang dah tekan CTRL + A serentak kat folder di atas, semua item kat folder akan di highlight kan. Macam gambar di bawah. Semua folder kosong jew,,, dari kibo loyal from bulukumba sul sel indonesia

Minggu, 27 April 2014

rahman nak malino

dari rahman nak malino sul sel indonesia, ini petanda-sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau mempersiapkan dirinya termasuk mandi, wuduk serta kafan sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia untuk menghadap Allah SWT. Keistimewaannya semua tanda-tanda hanya untuk orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir yang menyekutukan Allah, nyawa mereka akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan; Tanda 100 hari sebelum saat kematian Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak. Lazimnya tanda ini akan berlaku selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Ia seperti daging lembu yang baru disembelih, jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, ia adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. Tanda 40 hari sebelum saat kematian Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada saat ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sepintas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. Tanda 7 hari sebelum saat kematian Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. Tanda 3 hari sebelum saat kematian Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. Tanda 1 hari sebelum saat kematian Akan berlaku juga sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Tanda akhir saat kematian Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Penutup Sesungguhnya marilah kita sama-sama bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita di antara mereka yang terpilih oleh Allah dan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda saat kematian ini. Semoga kita berpeluang membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Pemurah serta Maha Mengasihani, diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ketentuan Allah SWT adalah segala-galanya. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.dari rahman nak malino

Sabtu, 19 April 2014

kibo loyal

kibo loyal nie Cara Meringankan PC Menggunakan Teknik Defragment Setiap hari semakin banyak data yang anda simpan, semakin berat dan lembab PC anda. Sama juga seperti kereta, semakin banyak muatan maka semakin berat kereta untuk bergerak. Jadi, anda dinasihatkan untuk selalu menjaga PC anda supaya ia tidak menyusahkan anda di kemudian hari. Pada kali ini saya akan mengajar anda cara untuk meringankan PC menggunakan teknik defragment. Cara-caranya seperti berikut: Letakkan mouse pada partition, kemudian klik kanan, pilih properties. Pilih tools, pilih partition yang anda nak defrag contohnya C: klik pada defragment now, kemudian klik analyze, ataupun anda boleh klik terus pada defragment jika keluar popup bertanya yes or no, pilih yes dan tuggu sehingga selesai. Kemudian ulangi langkah yang sama pada partition yang berlainan sekiranya anda ada lebih dari satu partition. Anda digalakkan untuk defrag sekurang-kurangnya seminggu sekali,dari kibo loyal